TABAK TELUR (BUNGA TELUR)
TABAK TELUR (BUNGA TELUR)
Bunga telur merupakan satu alatan yang penting dalam persandingan orang
Melayu. Dalam adat Melayu, telur yang terdapat pada bunga telor mewakili
kesuburan. Oleh itu ia dianggap sebagai mendoakan agar pasangan tersebut subur
dan mendapat zuriat dalam masa terdekat.
Pada umumnya, bunga telur merujuk kepada kuntum bunga diikat telur dan
dipacak pada pulut kuning di kiri dan kanan mempelai. Bagaimanapun ada juga
yang memecahkan tafsiran bunga telur dengan labih lanjut, iaitu: Bunga pahar
adalah kuntum bunga diikat telur dan dipacak pada pulut kuning di kiri dan
kanan mempelai, sementara bunga telur sebagai buah tangan yang diberikan kepada
para hadirin.
Bunga telur/pahar ini biasanya diberikan hanya pada sanak saudara
terdekat, yang dijemput merenjis air mawar dan menabur bunga rampai keatas
kedua mempelai.
Pada masa kini, akibat kesukaran menyediakan telur, terdapat pasangan
yang menggantikan telur dalam bunga telur ini dengan gula-gula. Ini disebabkan
sekiranya tidak pandai menyediakan telur, banyak telur yang pecah ketika
direbus, dan masalah telur yang tidak tahan disimpan, menyebabkan ia hanya
dapat disediakan sehari sebelum majlis berlangsung.
Komentar
Posting Komentar