TAPAK SIRIH
TAPAK SIRIH
Tepak sirih merujuk kepada bekas yang diperbuat
dari logam bagi menyimpan bahan-bahan yang digunakan dalam penyediaan daun dari
pokok sirih untuk di makan. Masyarakat Melayu membezakan antara tepak sirih
berbentuk bujur sebagi puan dan yang berbentuk empat segi bujur sebagi
tepak.[1] Terdapat juga tepak sirih yang berbentuk bulat. Malah dalam Hikayat
Hang Tuah, Hang Tuah telah memberikan kepada Hang Jebat sepiak sirih di dalam
tepak sirih kepunyaan Sultan Mahmud semasa berhenti rehat.
Antara barangan yang terdapat
dalam tepak sirih adalah:
·
Daun sirih yang menggambarkan sebagai sesuatu
yang berharga, iaitu kehidupan yang harmoni
·
Kacip pinang yang digunakan bagi megacip pinang
·
Gobek sirih bagi menghancurkan sirih untuk
mereka yang berusia dan tidak memiliki gigi bagi menguyah.
·
Lima cembul yang berisi bahan sirih yang diatur
menurut aturan berikut:
ü
Cembul yang berisi pinang yang melambangkan
kejujuran, martabat dan maruah yang tinggi serta keturunan yang baik-baik
ü
Cembul yang berisi kapur sebagai lambang hati
yang tulus bersih tetapi boleh menjadi agresif dan membinasakan
ü
Cembul yang berisi gambir yang kelat rasanya
melambangkan kecekalan hati
ü
Cembul yang berisi tembakau yang rasanya pahit
dan memabukkan melambangkan ketabahan dan kesediaan untuk berkorban
ü
Cembul yang berisi cengkih yang rasanya yang
manis dan bau yang wangi melambangkan kelembutan dan kehalusan adat budaya serta
tutur kata.
Aturan tersebut menurut tertib ketika mengapur
sirih, yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Daun-daun sirih
yang disusun dalam tepak sirih hendaklah dilipat bersisip antara satu sama lain
dan disamakan tangkainya, disusun sebanyak lima atau enam helai dalam satu
baris. Satu tepak sirih selalunya mengandungi empat atau lima susun sirih tadi.
Sirih ini dilipat bagi menyembunyikan tangkai sirih. Ini kerana ekor sirih
tidak boleh dinampakkan kerana pada anggapan mereka ini adalah satu keadaan
yang kurang sopan dan tidak menghormati tetamu.
Komentar
Posting Komentar